HoLa..BueNoS DiaS..My NaMe Is NuRatiKah IshaK...KeeP iN TouCh WiTh Me Ok!! (^_*)

Wednesday, December 30, 2015

LAMANYAAA TAK UPDATE BLOG!!

Assalamualaikum.....

waahhhhh...
hampir bertahun2 hakak xupdate blog ni....hahaha.
tetiba je rindu kat blog...macam2 memori dah berlalu dalam masa beberapa tahun ni....dari habis belajar ke berkahwin dan sekarang da jadi mommy....alhamdulilllah. Allah permudahkan jalan semuanya...syukur sgt dengan nikmat yang Allah berikan sekarang.terima kasih abah n ma, terima kasih hubby, terima kasih adik2 dan terima kasih kawan2. tak sangka sekarang dah jadi mak2...masih tak percaya, tapi inilah hakikatnya....hihi..
alhamdulillah Allah kurniakan seorang khalifah kecil yg comel ni.semoga sayang membesar jadi anak yang soleh ye...insyaallah aku akan cuba untuk menjadi ibu, ummi, mama, mommy n mak yang baik dan penyayang n insyaallah juga akan mendidik anak2ku agar menjadi anak yang berguna pd agama, bangsa dan negara...chewahhh....insyaallah.esok lusa da nak masuk tahun baru...semoga ini menjadi azam untuk tahun ni dan yang penting doakan semoga urusan posting dipercepatkan....letih da menunggu untuk posting...huhuhu...insyaallah...semoga Allah memperkenankan doaku ini.
aminnn...

sekitar majlis akad nikah 
21 Febuari 2015


kenduri - kelantan 14 mac 2015








kenduri - kedah 16 mac 2015


No comments:

Post a Comment

Jadilah teman yang Baik....:-)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

ni gmbr sy ms tahun 6...mn satu agknye sy yew...hehe...cuba la cri klu jmpa...hehe

ni gmbr sy ms tahun 6...mn satu agknye sy yew...hehe...cuba la cri klu jmpa...hehe

yang ni lak gmbr dgn kwn2 ms form 6 kat smksg...

yang ni lak gmbr dgn kwn2 ms form 6 kat smksg...

sem 1 ~upsi~ 2010

sem 1 ~upsi~ 2010