HoLa..BueNoS DiaS..My NaMe Is NuRatiKah IshaK...KeeP iN TouCh WiTh Me Ok!! (^_*)

Sunday, May 20, 2012

KaWan a.k.a FrieNds

assalamualaikum semua...lamenye xupdate blog nie...hehe....sibok sgt la smpaikan xsempat nk updete....bila xbanyak keje, tetiba teringat kat blog yg da berkulat nie xupdate2...hehe...pejam celik pejam celik da nk habis SEM 4 aku kat UPSI nie...hmmm...xsabar nk tunggu sem 7 nnt...nk pegi tgk suasana kat sekolah la plak...hihihi :)
hmmm...tajuk entry sy kali nie KAWAN....sy ada soalan utk anda....anda fikirkan ye...ok soalannya berbunyi.. (agknye berapa peratus kepercayaan korang kat kwn korang?adakah 100%, 80%, 60%, 40%, 10% atau 0%??)hmmm...bila difikirkan balik zaman sekarang ni susah nak cari kawan yang betol2 boleh dipercayai, boleh berkongsi suka duka kita, n boleh tido sebantal dgn kita kn?kenape ye susah nk cari kawan yg betol2 setia??hehe....tetiba je rs nk berjiwang...chewah....
hmmm....sy nie bkn ape, sj jew nk tanye pndpt korang...sbb ada sorang kwn sy tu dia ada mslh dgn kwn dia n hal tu jgk penah berlaku pd batang hidung sy sendiri.kawan yg betol2 kita percayai n tambah pulak kita da anggap dia sebagai adik beradik kandung kita sendiri pon sanggup tikam kita dari belakang n buat kita terluka kn?kecewa x korang kalau hal ni jadi kat korang??huhuhuhumesti keciwa, sdey, skt hati, stress smua ada kat korang kn???
hihihi...alangkah bahagianya hidup kita kalau semua orang ni baik2 n semuanye satu kepala dgn kita kan?susah betol bila rambut jew sama hitam, tapi hati lain2...bukan mudah utk mengenal sape kawan n sape lawan kita....silap pilih merana lah kita.bertambah2 la makan hati bila kita lemah n takut nk hadapi situasi tu...betol x?
hihihi...xpela...
sbg pedoman buat semua, sy nasihatkan kita jgn menaruh terlalu tinggi harapan kat kawan2 kita sbb bkn pe, kbnyakan kwn skrg hanya berkawan atas dasar kepentingan diri sendiri.bukan nya nk berkawan dgn ikhlas...tambah plak suka gunakan kelemahan diri kita untuk diri dia, adoiii....sakit kn hati klu dpt kwn cmni??hahaha...nak berkawan rapat sgt xsalah, tp pastikan kita da betol2 kenal dia n memahami isi hati dia yg sebenar.jgn pulak kita cter hal peribadi kita kat dia n dia plak g jaja situ sini cter kamu kt org....huhuhu...tolonglaahhhh...sy paling benci kwn yg jenis cmni...xhormati privasi org lgsg...buat la keje cmtu, esk2 kena kat batang hidung sndiri lak kan?(padan muka ko...huh!!)hihihi...biasala...skrg ni Allah bayar cash kejahatan yg kita da buat....hihihi...betol x?huhuhu...byknye sy merepek kat sini...ok la...malas da nk membebel...byk2 bebel org yg bc ni pn boring nnt..                      
moral of the story is, carilah kawan yg baik n jgnlah cari kawan yg akan membuatkan hidup kita sedey, sesungguhnya ada pepatah mengatakan, jika kita berkawan dgn saudagar minyak atar, maka kita pun akan turut wangi n jika kita berkawan dgn tukang besi, maka bau besi itu juga akan melekat pd kita...so pilihla kawan yg sentiasa ada dgn kita ms kita susah n senang & of coz carilah kawan yang akan membuatkan kita senyum hari2 n bukannya mengalirkan air mata setiap masa. ok???....hehehe...ok la....da larut malam.... Nite semua :) salam syg dari sy....muahhhh...(^__^)

No comments:

Post a Comment

Jadilah teman yang Baik....:-)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

ni gmbr sy ms tahun 6...mn satu agknye sy yew...hehe...cuba la cri klu jmpa...hehe

ni gmbr sy ms tahun 6...mn satu agknye sy yew...hehe...cuba la cri klu jmpa...hehe

yang ni lak gmbr dgn kwn2 ms form 6 kat smksg...

yang ni lak gmbr dgn kwn2 ms form 6 kat smksg...

sem 1 ~upsi~ 2010

sem 1 ~upsi~ 2010