HoLa..BueNoS DiaS..My NaMe Is NuRatiKah IshaK...KeeP iN TouCh WiTh Me Ok!! (^_*)

Saturday, December 3, 2011

2nd Disember to 4th Disember~Perlawanan Basketball UPSI (5 On 5)

salam semua...

hehehe....dalam masa sibuk dgn aktiviti, sempat lg nak kongsi citer dgn kamu semua ttg perlawanan bola keranjang ni....huhu...hari ni sangat kepenatan dan kekurangan rehat!!...abis tulang n urat2 sakit coz dok terkejar ke situ sini...
Pg ada kelas Pandu Puteri, ptgsampai ke malam lak kena uruskan basketball match...huhuhu....penat sgt sampai tertido lam bas ms OTW nk ke kampus...kwang3...(xpasal2 malu kat diri sendiri bab tlelap dlm bas...nsib la sape yg nampak...mesti korang tergelak kn klu tgk situasi org yg terlalu mengantOk cam xtido seminggu???) hahaha...OMG!!
kikikiki....best sgt tgk perlawanan antara team upsi junior dengan china student.... n yg PaLinG bEsT adalah perlawanan antara team FiLiPina n Team KLBA (kalumpang)....fuhhhh....memang terbaikkk lahhh korang...
pmain2 dia da cam professinal semuanya...hihihi....walaupun masih lg baru dlm basketball, tp suka sgt tgk perlawanan tu...mybe sbb permainan dia pn xjauh beza sgt dgn nettball kot...hihi...whatever...(asal name nye ball tu kira sama la tu kn??)ahahaha 
yg penting dalam penat2 menjadi AJK utk uruskan perlawanan nie, ley jgk enjoy bila tgk perlawanan...
dpt hilangkan stress sbb dok melalak meraung jd penyokong secara xlangsung!!! hahaha
tersangat stress sbb byk assignment yg nk kena hantar n present dalam minggu nie.....hukhuk (T_T)
moga2 sempat siapkan semuanya....huhuhu....doakan smoga aku dapat menyiapkan keje dalam masa last minit ni yer n doakan jugak moga aku rajin dalam wat asaimen...ok kawan2...hihihi 
(^___^)

Jadilah teman yang Baik....:-)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

ni gmbr sy ms tahun 6...mn satu agknye sy yew...hehe...cuba la cri klu jmpa...hehe

ni gmbr sy ms tahun 6...mn satu agknye sy yew...hehe...cuba la cri klu jmpa...hehe

yang ni lak gmbr dgn kwn2 ms form 6 kat smksg...

yang ni lak gmbr dgn kwn2 ms form 6 kat smksg...

sem 1 ~upsi~ 2010

sem 1 ~upsi~ 2010